Penyanyi tempatan, Queenzy (M-Girls) cungkil bakat dari Taiwan, bakal terbitkan album baharu, 爱, Don’t Be Shy

Kuala LumpurJune 29, 2017

Penyanyi tempatan yang sinonim dengan lagu-lagu Tahun Baru Cina, Queenzy Cheng bakal menerbitkan Single berjudul 爱 (Cinta), Don’t Be Shy (Jangan Malu-malu) dengan model Taiwan, Tom Chang. Queenzy yang sudah menerbitkan lebih daripada 30 album sejak berumur 8 tahun, kini mengorak langkah baru dengan mencungkil dan memupuk bakat baru.

Queenzy mengenali Tom menerusi program amal di sebuah rumah kebajikan di Kuala Lumpur pada tahun 2015. Mereka sependapat bahawa muzik mempunyai elemen terapeutik yang dapat mencetuskan kesan positif kepada pendengarnya.

Pada tahun berikutnya, Tom kembali ke Malaysia untuk merakam program realiti Astro, “Call Me Handsome”. Pada masa yang sama, Tom menyatakan impiannya untuk berjinak-jinak dalam industri muzik sekaligus merealisasikan impian Queenzy untuk memupuk bakat baru dan mengembangkan industri tanah air.

Menurut Queenzy, M-Girls tidak akan menerbitkan Album Tahun Baru Cina 2018. Oleh sebab itu, beliau mengambil kesempatan ini untuk mengisi masa lapang dengan menceburi genre pop dan memasarkan album baharu ini.

Album baharu mereka bertemakan percintaan telah direkod di Kuala Lumpur dan dirakan di Taipei, Taiwan. Mereka berhasrat untuk membawakan lagu dan video terbaik serta mampu memberi impak kepada para pendengar. Album ini dalam proses penapisan oleh Lembaga Penapisan Filem dan bakal dipasarkan tidak lama lagi.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi www.qhinetic.com atau laman media social Queenzy (http://www.facebook.com/queenzycheng) dan Tom (http://www.facebook.com/tomgoldbear).

# # #

-END-